USS George Washington (CVN-73)
USS George Washington (CVN-73)

USS George Washington (CVN-73)

USS George Washington (CVN 73) adalah kapal pengangkut pesawat super berkuasa nuklear keenam dalam kelas Nimitz, dan kapal keempat yang dinamakan bersempena dengan nama Presiden Amerika Syarikat pertama, George Washington. Ia telah dibina oleh Newport News Shipbuilding dan telah ditauliahkan pada 4 Julai, 1992.Pelabuhan asala kapal ini adalah di Norfolk, VA, walau bagaimanapun pada bulan Mei 2008, ketika kapal ini belayar ke pelabuhan barunya di Jepun, ia telah mengalami satu kebakaran serius di luar pantai Amerika Selatan yang menyebabkan kerosakan sebanyak AS$ 70 juta dan penarikan keluar perkhidmatan Kepten dan Pegawai Eksekutifnya. George Washington kemudian dibaiki di San Diego, CA, tidak lama selepas kejadian ini, dan akhirnya tiba di Yokosuka pada 24 September, 2008 dalam keadaan protes dan ceria oleh penduduk tempatan.[1][2]